Chelsea Sanggup Bayar RM474 Juta Demi Ronaldo

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 7:29 AM

Cristiano Ronaldo.

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo dikaitkan bakal kembali ke Manchester United tetapi kini akhbar Sepanyol mendakwa pemilik Chelsea, Roman Abramovich cuba untuk mendapatkan pemain sensasi itu.

Bintang Real Madrid itu menjadi sasaran terbaharu Abramovich untuk memperbaiki prestasi buruk pasukan tersebut pada musim ini.

Jutawan Rusia itu dikatakan bersedia membayar melebihi 100 juta euro (RM474 juta), bayaran yang membolehkan Ronaldo diangkat sebagai pemain termahal dunia buat kali kedua sepanjang kariernya.

Menurut akhbar tersebut, Chelsea akan menjual beberapa pemainnya untuk menampung pembelian Ronaldo.

Nemanja Matic dan Oscar antara yang bakal dijual selain Eden Hazard yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid baru-baru ini.

United, bekas kelab Ronaldo pernah berusaha untuk membawanya kembali pada 2013 tetapi pemain berkenaan menyambung kontraknya selama lima tahun di Bernabeu.

Ronaldo, 30, kini mengakui gembira di Real Madrid dan tidak menolak kemungkinan akan kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Chelsea

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan