Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019: Peluang Malaysia Ke Pusingan Akhir Tertutup

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 7:09 AM

Pemain Palestin meraikan kejayaan mereka.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh melupakan hasrat merebut tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 selepas mengalami kekalahan keempat pada pusingan kelayakan Kumpulan A, malam Khamis.

Kekalahan 0-6 kepada Palestin di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan pada aksi keenam Khamis, menyaksikan skuad Harimau Malaya kekal menghuni tangga keempat menerusi kutipan empat mata dengan baki dua perlawanan.

Ia merupakan jaringan sama dicatat Palestin ketika memalukan Malaysia pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Jun lepas.

Beraksi dalam keadaan cuaca sejuk sekitar 17 darjah celsius, seolah-olah memberi rahmat kepada Palestin yang melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu skuad Harimau Malaya.

Hasilnya, pemain kelahiran Chile, Jonathan Cantillana yang juga kapten pasukan meletakkan Palestin di hadapan pada minit ke-36 menerusi sepakan perlahan tetapi sudah cukup untuk menerjah sebelah kiri pintu gol Malaysia.

Selang dua minit kemudian, Ahmed Abunahia menggandakan kedudukan untuk Palestin, selepas beliau bijak mencuri bola yang cuba dilorongkan oleh Matthew Davies kepada Razman Roslan, sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Abunahia meledak gol kedua peribadi pada minit ke-45 selepas bijak memanfaatkan keadaan kelam kabut di dalam kawasan penalti skuad negara dan keputusan 3-0 itu kekal sehingga berakhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Palestin terus menggandakan serangan ke arah kubu skuad Harimau Malaya dan Abunahia melakar nama selaku penjaring hatrik hasil tolakan mudah ke dalam pintu gol Malaysia pada minit ke-58.

Palestin menambah dua lagi gol, masing-masing menerusi pemain gantian, Tamer Seyam pada minit ke-88 dan Jaka Hbaisha pada masa kecederaan separuh masa kedua bagi melengkapkan kejayaan cemerlang pasukan kendalian Abdal Nasser Barakat itu.

Malaysia bakal melayan kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi seterusnya di Stadium Shah Alam, 17 November ini.

Pada satu lagi aksi Kumpulan A, UAE meraih kemenangan selesa 8-0 ke atas pasukan tercorot kumpulan, Timor Leste di Stadium Mohammed Bin Zayed di Abu Dhabi, UAE. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan