Kurang Tumpuan Penghujung Babak Pertama Punca Malaysia Tewas

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 9:24 AM

Ong Kim Swee.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kegagalan pemain skuad Harimau Malaya memberi tumpuan sepenuhnya pada penghujung babak pertama perlawanan menjadi punca Malaysia tewas 0-6 kepada Palestin pada aksi keenam kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Jordan, malam Khamis.

Ketua jurulatih sementara skuad berkenaan, Datuk Ong Kim Swee mengakui, gol ketiga yang dijaringkan pada pemain Palestin, Ahmed Abunahia pada minit ke-45 pada aksi di Stadium Antarabangsa Amman itu jelas 'membunuh' semangat pemain skuad kebangsaan, sekaligus meletakkan mereka dalam kedudukan sukar untuk mengurangkan defisit jaringan.

Beliau menjelaskan taktikal yang digunakan oleh jurulatih Palestin, Abdal Nasser Barakat yang menerapkan corak hantaran jauh dan tinggi, ternyata memerangkap pemain skuad kebangsaan yang gagal mengekang asakan bertali arus pasukan tuan rumah.

"Sudah tentu saya tak menjangka yang kami akan tewas dengan jaringan besar lagi seperti apa yang berlaku sebelum ini. Ia keputusan yang teruk," katanya kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan. 

Klip audio temubual itu turut diperoleh Bernama.

Justeru, Kim Swee mahu pemain skuad Harimau Malaya melupakan kekalahan tersebut dan fokus kepada aksi seterusnya berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam, 17 November ini.

"Apa saja perubahan yang perlu dibuat, kami akan buat. Saya tahu UAE bukan lawan yang mudah tetapi pemain perlu segera bangkit daripada kekalahan ini," tegasnya.

Skuad Harimau Malaya sebelum ini pernah diaibkan dengan jaringan yang sama oleh Palestin pada aksi kedua kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, 16 Jun lepas.

Malaysia kekal menghuni tangga keempat kumpulan A dengan kutipan empat mata menerusi satu kemenangan, satu keputusan seri dan empat kekalahan.

Selepas melayan kunjungan UAE, Malaysia bakal berkunjung ke Arab Saudi pada aksi terakhir kumpulan A, Mac tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan