De Gea Kini Gembira Dan Tenang Di Old Trafford

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 11:08 AM

(Ubah saiz teks)

DAVID  De Gea kini sangat gembira berada di Manchester United dan berterima kasih kepada Louis van Gaal serta penyokong yang membantunya untuk terus berada di Old Trafford selepas kontroversi untuk berpindah ke Real Madrid.

Masa depan De Gea sebelum ini agak samar namun Van Gaal mengembalikan semula kepercayaannya dengan memberi kontrak baharu bersama United sehingga tahun 2019.

Biarpun ada laporan kontrak baharu yang diterima itu bakal memberi kesukaran kepada Madrid pada masa akan datang, De Gea mengakui dia gembira dengan kehidupannya dia Old Trafford.

"Saya merasakan saat gembira apabila kontrak disambung, dan ia adalah perkara yang terbaik.

"Sekarang saya benar-benar teruja berada di salah sebuah kelab terkemuka dunia yang dapat rasakan saya disayangi penyokong-penyokong kelab ini.

"Tiada sesiapa pun yang mengecewakan dan membuat saya sedih. Apa yang berlaku tetap berlaku. Kamu perlu pandang ke depan, dan saya kini gembira.

"Apa sahaja boleh berlaku, dan ia boleh berubah dalam masa seminit. Inilah bola sepak. Ada kalanya kita akan berdepan dengan saat sukar, situasi pelik, namun ia sebenarnya membantu kamu menjadi lebih matang. Lebih kuat," jelas De Gea.

Sementara itu, De Gea menggambarkan Van Gaal seorang yang 'sukar dan kuat' tetapi dia juga seorang 'pelawak', dan mengakui tetap mempunyai hubungan yang baik walaupun hampir meninggalkan kelab sebelum ini.

"Sejak hari pertama saya kembali selepas apa yang berlaku, dia memberi keyakinan, memberitahu bahawa saya boleh bermain, tenang dan teruskan apa yang dilakukan sebelum ini.

"Dia pandai bergurau dan kini semuanya berada dalam keadaan baik-baik belaka. 

"Dan dalam masa sama menghargai sokongan penyokong-penyokong United yang memberi kepercayaan untuk saya kembali berada dalam pasukan utama. Saya amat menghargainya," jelas De Gea.

Tags / Kata Kunci: David de Gea , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan