Ancaman Bom, Pasukan Jerman Diarah Tinggalkan Hotel Di Paris

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 9:55 PM

Hotel penginapan pasukan Jerman dikawal rapi oleh pihak berkuasa berikutan ancaman bom palsu di kawasan itu.

(Ubah saiz teks)

PASUKAN bola sepak Jerman dipaksa berpindah dari hotel penginapan mereka di Paris pada pagi Jumaat berikutan terdapat laporan ancaman bom di kawasan tersebut.


Skuad Joachim Low berada di Paris menjelang perlawanan persahabatan dengan pasukan Perancis.

Menurut laporan, pihak polis menerima panggilan dari pihak yang tidak dikenali mendedahkan terdapat ancaman bom di kawasan hotel itu.Semua tetamu hotel termasuk skuad Jerman diarah keluar dan pihak berkuasa menjalani siasatan serta-merta.

Skuad juara Piala Dunia 2014 itu berpindah ke kompleks sukan berdekatan dengan gelanggang tenis, Roland Garros buat sementara dan tururt menjalani sesi latihan ringan sebelum berdepan dengan tuan rumah awal pagi Sabtu.

“Pasukan polis Perancis telah memaklumkan kepada kami bahawa ada laporan ancaman bom di situ.

“Kami mengambil keputusan keluar dari hotel itu selepas menerima notis kecemasan supaya meninggalkan bilik masing-masing bagi membolehkan pihak berkuasa menjalani siasatan,” jelas pegawai keselamatan pasukan Jerman.

Bagaimanapun beberapa jam selepas itu, skuad Jerman dibenarkan kembali ke hotel setelah polis mengesahkan tidak ada sebarang ancaman bom.

Tags / Kata Kunci: Jerman , Paris , bom

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan