Mesut Ozil Ada Potensi Pimpin Arsenal - Wenger

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 7:50 AM

Mesut Ozil

(Ubah saiz teks)

JURULATIH Arsenal, Arsene Wenger tidak sepenuhnya kecewa dengan kegagalan pasukannya meraih kemenangan ketika menentang Tottenham Hotspur.

Sebaliknya, dia  memuji salah seorang pemainnya, Mesut Ozil.

Ozil menjadi pemain penting dalam kelab Arsenal dalam perlawanan menentang Spurs yang berakhir dengan keputusan 1-1 di Stadium Emirates, minggu lalu.

Pemain berasal dari Jerman itu dikatakan menjadi pembantu di sebalik terciptanya gol Kieran Gibbs yang menyelamatkan The Gunners daripada kekalahan.

Sumbangan Ozil pada perlawanan tersebut merupakan yang ke-10 dalam 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris yang sudah berlangsung.

Fakta ini membuatkan Wenger gembira dan menyebut pemain ini mampu menjadi contoh dan memimpin Arsenal.

"Ozil sangat luar biasa, dia telah berkembang menjadi pemain yang sangat besar dengan menambah komitmen, kepemimpinan dan tanggung jawab. Saya sangat senang dengan perkembanganya," ujar Wenger.

Ozil bergabung dengan Arsenal dari Madrid pada musim 2013. Dia telah mengumpul 14 gol daripada 87 penampilannya sepanjang menyarung jersi The Gunners.
Tags / Kata Kunci: Mesut Ozil , Arsene Wenger

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan