Malaysia Akan Juang Berhabis-Habisan Esok: Kim Swee

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 12:16 AM

Ong Kim Swee.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata anak buahnya akan berjuang berhabis-habisan untuk melakarkan keputusan positif ketika berdepan dengan Palestin dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan pada Khamis.

Biarpun kalah 6-0 kepada Palestin pada 16 Jun lepas, katanya semua pemain kini mempunyai motivasi tinggi untuk berdepan semula dengan pasukan itu yang kini menghuni tempat ketiga dalam Kumpulan A selepas mengumpul enam mata daripada lima perlawanan.

"Kalah dengan jaringan besar itu amat menyedihkan. Kami tahu perlawanan menentang Palestin bukan mudah kerana prestasi mereka berada di kemuncak pada masa itu," katanya pada sidang media di Jordan, Rabu.

Klip audio sidang media itu diperoleh oleh Bernama.

"Palestin seri tanpa jaringan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di gelanggang sendiri pada 8 September lepas dan Arab Saudi di sini, Isnin lepas...ini menunjukkan Palestin antara pasukan terbaik dalam kumpulan," katanya.

Justeru, jurulatih berusia 44 tahun itu meminta anak buahnya supaya sentiasa fokus dan berdisiplin sepanjang pertarungan selama 90 minit bagi memastikan mereka membawa pulang tiga mata penuh.

Dalam pada itu, penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat, yang lebih mesra dipanggil 'Apek', berkata beraksi di gelanggang berkecuali sudah pasti memberi kelegaan besar untuk memperagakan aksi terbaik terhadap Palestin.

Sementara itu, jurulatih Palestin, Abdalnasser Barakat berkata kemenangan terhadap Malaysia akan meningkatkan peluang mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.

"Kami harap untuk mengekalkan prestasi serta tidak sabar untuk perlawanan Khamis," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Jordan, Putera Ali, kerana membenarkan pasukannya menggunakan negara itu sebagai pasukan tuan rumah, bagi perlawanan ini.

Dalam pada itu, ketua pasukan, Abdallatif Al Bahdari berkata beliau yakin pasukannya mempunyai peluang memintas UAE dalam kedudukan kumpulan untuk mencerah peluang ke pusingan kedua nanti.

"Sudah pasti, kami menganggap baki tiga perlawanan dalam peringkat kumpulan amat penting dan sekurang-kurangnya mahu menamatkan saingan di tempat kedua kumpulan," katanya.

Dalam peringkat kumpulan, Arab Saudi terus menduduki tangga teratas dengan 13 mata diikuti UAE dengan tujuh mata, Palestin di tempat ketiga dengan enam mata, Malaysia keempat dengan empat mata dan Timor Leste tercorot dengan dua mata.
 

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan