Gagal Kawal Pemain, FA Denda Chelsea & West Ham

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 7:47 AM

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN Bola Sepak Inggeris (FA) menjatuhkan hukuman denda masing-masing £50,000 dan £40,000 terhadap Chelsea dan West Ham United kerana gagal mengawal tingkah laku pemain.

Hukuman tersebut diputuskan apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, yang menyaksikan The Hammers menang 2-1 atas The Blues di Upton Park, 24 Oktober lalu.

Dalam perlawanan itu, lima pemain Chelsea dilayangkan kad kuning, termasuk kad merah yang diterima Nemanja Matic.

Jose Mourinho diusir keluar dari tempat duduknya oleh pengadil.

Sementara itu, West Ham juga disebut gagal menjaga sikap pemainnya yang membantah keputusan pengadil Jonathan Moss ketika Matic melakukan perlanggaran terhadap pada Diafra Sakho.

"Hukuman denda dijatuhkan kerana kedua-dua kelab gagal mengendalikan sikap pemain mereka dengan baik. Ini juga diputuskan sebagai peringatan agar tindakan yang sama tidak berulang pada masa akan datang," demikian pernyataan rasmi FA.

Mourinho yang diusir pengadil, juga menerima hukuman secara individu iaitu larangan memasuki stadium untuk satu pertandingan dan denda £40,000.
Tags / Kata Kunci: Chelsea , West Ham United , denda

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan