Bayern Munich Dikatakan Bakal Tawar Guardiola £17 Juta Setahun

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 8:03 PM

Pep Guardiola.

(Ubah saiz teks)

MUNICH: Pengurus Bayern Munich, Pep Guardiola akan ditawarkan £17 juta setahun untuk menandatangani kontrak barunya dalam usaha menghalangnya menerima tawaran daripada England khususnya Chelsea.

Guardiola sebelum ini sudah pun dikaitkan dengan pasukan kebangsaan England sehingga mencetuskan kontroversi apabila beliau terus bangun meninggalkan satu sidang akhbar sebaik sahaja soalan berhubung isu itu diajukan kepadanya.

Pada masa yang sama, pemilik Chelsea, Roman Abramovich juga khabarnya turut berusaha untuk mendapatkan khidmatnya jika mereka membuat keputusan untuk berpisah dengan Jose Mourinho.

Akhbar The Mirror melaporkan, ini telah mendorong juara Bundesliga itu untuk bawa ke hadapan perbincangan kontrak Guardiola kepada bulan depan sebaik sahaja saingan liga dihentikan seketika kerana musim sejuk.

Bayern dilaporkan mahu Guardiola memberikan komitmen sekurang-kurangnya selama dua tahun lagi iaitu sehingga hujung 2018 dengan tawaran gaji dan insentif yang jauh lebih lumayan dan menarik.

Bagaimanapun Guardiola, yang akan tamat kontrak menjelang akhir musim ini dikatakan hanya mahu lanjutan kontrak selama setahun sahaja lagi bagi membolehkannya menimbang opsyen lain sekiranya ada.

Buat masa ini, adalah difahamkan, Guardiola menerima gaji dan imbuhan lain sebanyak £14 juta semusim - menjadikannya sebagai pengurus kelab bolasepak dengan gaji paling tinggi di dunia.

Berada di belakangnya sebagai pengurus dengan gaji tertinggi di dunia ialah Mourinho yang dilaporkan menerima gaji dan imbuhan lain sehingga £12 juta setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge adalah orang yang bertanggungjawab untuk membawa rundingan kontrak baru Guardiola ke hadapan bagi membolehkan mereka menyelesaikan isu ini ketika Bundesliga berhenti rehat selama beberapa minggu sepanjang musim sejuk yang akan tiba nanti.

Guardiola sendiri dikatakan berazam untuk menyelesaikan satu-satunya lagi tugas utama yang masih belum tercapai olehnya di Bayern iaitu untuk muncul sebagai juara Eropah.

Bayern di bawah bimbingannya telah memenangi kejuaraan liga sebanyak dua kali tetapi pada masa yang sama dia juga dua kali terkandas di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Tags / Kata Kunci: Bayern Munich , Pep Guardiola

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan