Van Gaal Mahu Pemain Sayap Terpantas Di Dunia

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 9:56 AM

(Ubah saiz teks)

LOUIS Van Gaal memberi amaran kepada penjaring gol Manchester United iaitu Juan Mata dan Jesse Lingard bahawa mereka tidak boleh selesa walaupun membawa kemenangan kepada kelab tersebut.

Dalam perlawanan menentang West Brom pada Sabtu, kedua-dua pemain berkenaan menjadi hero ketika membantu United menewaskan lawan 2-0.

Bagaimanapun Van Gaal mendakwa itu bukan yang diingininya kerana dia mahukan pemain sayap terpantas dalam melakukan serangan.

"Saya telah beritahu sebelum ini, pada tahun pertama dan banyak kali. Kami mahukan pemain sayap terpantas di dunia dan kreatif.

"Sebab itulah kami turunkan Lingard sejak akhir-akhir ini. Malangnya Mata bukan pemain sayap terpantas di dunia.

"Saya ingin membeli ramai pemain, tetapi tidak semua pemain yang saya mahukan akan dijual. Oleh itu banyak faktor saya perlu fikirkan," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan