Liverpool Tersungkur, Arsenal & Spurs Sekadar Seri

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 7:11 AM

Dann (tengah) meraikan jaringan kemenangannya untuk Palace.

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL: Hasrat pengurus Jurgen Klopp untuk mengekalkan rekod bersih tidak kesampaian apabila Liverpool tewas 1-2 kepada Crystal Palace di Anfield pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Isnin.

Scouser Dann muncul wira pasukan pelawat selepas jaringannya pada minit ke-82 memastikan mata penuh dibawa pulang dari Anfield.

Terdahulu, Liverpool dan Palace terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Palace mendahului melalui Yannick Bolasie pada minit ke-21.

Namun pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Phillippe Coutinho ketika permainan babak pertama berbaki tiga minit. 

Kemenangan itu membolehkan Palace memintas Liverpool dan Everton untuk berada di tangga kelapan liga dengan kutipan 19 mata.

Liverpool pula merosot ke tangga kesepuluh berbekalkan 17 mata daripada 12 perlawanan setakat ini.

Gibbs menjaringkan gol penyamaan untuk Arsenal.

Dalam perlawanan berasingan, Arsenal dan Tottenham Hotspur berkongsi mata selepas terikat 1-1 di Stadium Emirates.

Spurs terlebih dahulu berada di depan  menerusi jaringan penyerang England, Harry Kane pada minit ke-32.

Arsenal kembali menyamakan kedudukan menerusi Kieran Gibbs pada minit ke-77. 

Kedudukan kekal sehingga wisel penamat. 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan