Luke Shaw Kembali Beraksi Akhir Musim Ini - Bola Sepak | mStar

Luke Shaw Kembali Beraksi Akhir Musim Ini

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2015 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

LUKE SHAW berjaya mengharungi detik 'ngeri' kehidupan sebagai pemain bola sepak apabila dijangka akan kembali mmembantu United sebelum musim ini berakhir.

Hal ini kerana, kecederaan patah kaki kanan yang dialami pemain tersebut semakin sembuh dan dia mampu berjalan tanpa bantuan tongkat.

Pakar perubatan United mendedahkan, Shaw, 20, akan kembali bersama skuad Louis Van Gaal dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum musim ini tamat.

Perkhabaran itu juga merupakan berita baik buat jurulatih England Roy Hodgson untuk memulakan kempen Euro 2016.

Shaw yang juga pemain pertahanan kiri United mengalami patah kaki kanan selepas dikasari pemain PSV Eindhoven, Hector Moreno dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Tags / Kata Kunci: Manchester United
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan