Gantung Mourinho Tak Halang Chelsea Kalahkan Stoke City

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 11:06 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Keputusan Persatuan Bola Sepak (FA) England menggantung Jose Mourinho tidak memberi kesan kepada pasukan kendaliannya pada saingan Chelsea menentang Stoke City awal pagi Ahad.

Malahan, Pengurus Chelsea yang didapati bersalah mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap pegawai perlawanan minggu lalu itu percaya pasukannya mampu memperoleh kemenangan.

Walaupun hanya akan menyaksikan perlawanan itu dari tempat duduk penonton, Mourinho optimis Chelsea dapat bermain cemerlang bagi kempen Liga Perdana England.

Tanpa bimbingannya sekalipun, kata Mourinho, beliau sentiasa ada bersama setiap pemain dalam apa juga keadaan.

"Mereka juga tahu saya akan menyediakan segala-galanya untuk memenangi perlawanan sebelum wisel ditiupkan.

“Malah tindakan saya yang selalu membantah keputusan pengadil perlawanan sebenarnya tidak langsung menjejaskan moral pemain, sebaliknya, saya rasa tindakan itu baik untuk Chelsea,” jelas Mourinho.

Sebelum ini, khabar angin kuat menyatakan sekiranya pengendali kelahiran Portugal itu gagal memenangi perlawanan liga minggu ke-11, dia bakal dipecat serta-merta selepas mencetak enam kekalahan berturut-turut pada saingan minggu-minggu terdahulu.

Sebagai rekod, musim 2015/2016 merupakan rekod terburuk yang dicetak Chelsea apabila sekadar menghuni kedudukan ke-15 dengan mengumpul 11 mata.




Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Stoke City , FA England

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan