Pemain Kami Menakjubkan - Neville

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 8:33 AM

Neville (tengah) meraikan kejayaan pasukannya.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain Manchester United, Gary Neville dan Nicky Butt berbangga dengan aksi menakjubkan pasukannya apabila Salford City menewaskan Notts County 2-0 pada pusingan pertama Piala FA.

Salford dimiliki bersama bekas pemain United pada era 90-an termasuk Paul Scholes.

Gol kemenangan itu dijaringkan Danny Webber dan Richie Allen sekali gus membolehkan mereka mara ke pusingan kedua.

Scholes turut menyaksikan kemenangan pasukannya.

Neville, Butt dan Scholes berada di Moor Lane untuk menyaksikan kemenangan penuh bergaya pasukan milik mereka.

"Saya fikir ia adalah satu bonus apabila berada di sini, tetapi beraksi dengan lebih baik, usaha yang luar biasa. Persembahan malam ini amat menakjubkan," kata Neville.


Tags / Kata Kunci: Gary Neville , Salford , Piala FA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan