Klopp Dedah Mahu Gerrard Pulang Ke Liverpool

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 8:19 AM

Gerrard tiba di UK dari Los Angelas selepas berakhirnya saingan MLS musim ini.

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp mendedahkan dia mahu Steven Gerrard kembali ke Liverpool untuk menjalani latihan bersama skuadnya sahaja.


Pengurus Liverpool itu menganggap bekas kapten kelab ini sebagai pemain legenda.

Gerrard berpindah ke LA Galaxy musim lalu kembali ke Liverpool selepas berakhirnya saingan Major League Soccer (MLS) musim ini yang menyaksikan pasukannya tewas pada aksi play-off baru -baru ini tiba di United Kingdom pada Rabu.

Klopp berkata, tidak ada perbincangan lain bersama Gerrard dan hanya mengajak pemain itu turun ke padang berlatih bersama kawan-kawannya yang lain.

“Ketika tempoh cutinya, saya ada memberitahu dia boleh datang bila-bila masa sahaja, berlatih bersama, dan melakukan perkara yang boleh memberi faedah kepada dia.

“Pintu kami sentiasa terbuka untuk dia. Ia adalah jelas.

“Tetapi tidak ada perkara lain. Semua pemain boleh belajar daripada Stevie, namun saya cuba faham keadaanya. 

“Steven masih mempunyai kontrak dengan LA Galaxy. Dia sayangkan kelab ini dan dia adalah legeda. Kami boleh berorak dalam pelbagai perkara.

“Tetapi adakah kamu fikir dia akan bermain ketika ini atau tahun hadapan? Tidak? Kenapa kamu tanya saya?

“Kami akan cuba mencari sesuatu untuk Stevie apabila dia kembali ke sini nanti.

“Apa sahaja yang dia hendak buat, kami akan cuba menolongnya. Namun bukan sekarang. Kita sudah berada di pertengahan musim. Semuanya lancar. Dan situasi sempurna di antara kelab Liverpool dan Steven,” jelas Klopp.

Selain itu skuad bimbingan Klopp mengekal  rekod tanpa kalah lima perlawanan termasuk menewaskan Chelsea dan Bournemouth minggu lalu dan terbaharu kemenangan 1-0 dalam aksi Liga Europa peringkat kumpulan bertemu Rubin Kazan awal pagi Jumaat.

“Kami menikmatikan saat ini dan akan simpan,” jelasnya yang bakal menerima kunjungan Crystal Palace di Anfiel dalam aski liga perdana Ahad ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan