Bayern Munich 'Rembat' Arsenal 5-1

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger mengakui cabaran Arsenal di peringkat Eropah 'tidak akan melangkah lebih jauh' apabila selepas kelab itu dibelasah 5-1 oleh Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Khamis.

Kekalahan yang disifatkan 'ngeri' itu mengimbau kembali kenangan memalukan Arsenal dibelasah AC Milan 4-0 dalam saingan sama pada 2012.

"Kami bukan lagi dalam perlumbaan ini. Bila kami menyerang kami mempunyai peluang, tetapi apabila bertahanan seperti yang dilakukan kami tidak akan ke mana-mana.

"Kamu perlu berikan kredit kepada Bayern berdasarkan kualiti yang dipamerkan. Kami bertahan dalam keadaan teruk.

"Saya boleh katakan bahawa ini persembahan terburuk," jelas Wenger.

Berdasarkan keputusan berkenaan, Arsenal kini perlu mengharapkan Olympiacos tewas kepada Bayern dalam perlawanan seterusnya.

Namun, Arsenal pula perlu menang sekurang-kurang dengan dua jaringan apabila turun menentang Dinamo Zagreb.

Tags / Kata Kunci: Bayern Munich , Arsenal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan