Perlawanan Malaysia-Palestin Di Gelanggang Berkecuali - FAM

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 7:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlawanan keenam Kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Palestin pada 12 November ini akan diadakan di gelanggang berkecuali.

Perlawanan itu sepatutnya diadakan di Stadium Dura, Hebron sebelum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bersetuju mengadakan perlawanan di luar Palestin.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin ketika mengesahkannya berkata FIFA mengadakan mesyuarat tergempar yang turut dihadiri Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman EbrahimAl-Khalifa dan bersetuju memindahkan perlawanan itu di gelanggang berkecuali.

"Buat masa ini, kita masih menunggu kata putus daripada FIFA dan keputusan muktamad hanya akan diketahui malam ini," katanya kepada Bernama, Rabu.

PAda Selasa, FAM dilaporkan telah menghantar surat rayuan kali ketiga kepada FIFA bagi membolehkan aksi antara kedua-dua pasukan diadakan di gelanggang berkecuali susulan situasi keselamatan yang tidak menentu di Tebing Barat namun ditolak.

Sebelum ini, laporan media antarabangsa mendakwa FIFA telah menunda perlawanan antara Arab Saudi dan Palestin pada 13 Oktober lepas kerana pelawat tidak yakin dengan keselamatan di Tebing Barat.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan