Ketandusan Gol: Van Gaal Mahu Penyokong Man United Bersabar

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 9:19 AM

(Ubah saiz teks)

LOUIS Van Gaal menggesa penyokong Manchester United untuk bersabar dengan masalah ketandusan gol yang melanda kelab itu kerana ianya sebahagian daripada falsafah jurulatih tersebut.

Kesebelasan anak didik Van Gaal gagal menjaringkan gol sejak perlawanan bertemu CSKA Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa minggu lalu.

Menurut jurulatih kelahiran Belanda itu, dia akan memberi ruang untuk Wayne Rooney berehat sekiranya itu yang diperlukan pemain berkenaan.

"Saya berharap penyokong akan terus kekal bersama kami sepertimana yang kami terima sehingga kini, ia penting untuk kesemua pemain United.

"Walaupun banyak kritikan, tetapi penyokong masih lagi menyokong kami. Ketahuilah bahawa sangat susah untuk melakukan yang terbaik di atas padang berbanding ketika latihan.

"Oleh itu, penyokong perlu bersabar dan terus menyokong, anda adalah pemain ke-12 kami," jelasnya.

Rooney dijangka akan kembali mengetuai bahagian serangan United dalam perlawanan kedua bertemu CSKA Moscow di Old Trafford.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , CSKA Moscow

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan