Juara Piala AFC: Sultan Johor, TMJ Bakal Tunai Nazar, Derma RM1 Juta

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal menunaikan nazar selepas pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih trofi juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Di Tajikistan pada Sabtu lalu.

Baginda berkongsi berita gembira kejayaan itu di laman rasmi Facebook miliknya pada Selasa.

"Alhamdulillah, Piala Asian Football Confederation (AFC) kini milik kita! Kejayaan ini adalah berkat doa anda semua dan kesungguhan para pemain bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang bermain bermati-matian hingga ke tiupan wisel yang terakhir. 

"Sebaik saja kita memenangi perlawanan akhir AFC, saya telah membuat panggilan telefon kepada anakanda saya, Tunku Mahkota Johor, untuk mengucapkan tahniah kepadanya. Dia terlalu emosional dan menangis, tetapi tangisan yang gembira. Dia memang begitu gembira. Memang, kalau boleh, dia ingin berada bersama-sama pasukan JDT dan para penyokong semua merayakan kemenangan ini, tetapi dia terikat dengan komitmennya".

"Tunku Mahkota Johor berkata, dia ada bernazar bahawa jika JDT menang, maka dia akan menderma kepada semua masjid di negeri Johor. Dan saya sendiri pula sudah bernazar untuk menderma sebanyak RM 1 juta kepada rumah-rumah anak yatim di Johor," baginda bertitah.

Tambah baginda, pemain-pemain JDT diraikan di Dataran Bandaraya Johor Bahru selepas TMJ kembali ke Johor pada 18 November ini.

"InsyaAllah, Piala AFC akan dipamerkan ke semua daerah di negeri Johor, supaya rakyat Johor dapat melihat piala itu. JDT adalah milik Bangsa Johor. Kesetiaan anda semua telah membawa kita ke tahap ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu dan doa dari anda semua," titah baginda

Tags / Kata Kunci: Sultan Johor , TMJ , juara piala AFC

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan