Remi Garde Dilantik Jurulatih Aston Villa

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 9:34 AM

(Ubah saiz teks)

REMI Garde dilantik sebagai jurulatih baru Aston Villa bagi menggantikan Tim Sherwood yang dipecat pada bulan lalu.

Jurulatih kelahiran Perancis itu bersetuju untuk membimbing Aston Villa dengan kontrak selama tiga tahun sehingga Liga Perdana Inggeris musim 2018/19.

Pelantikan itu dibuat ketika kelab berkenaan tewas 3-1 kepada Tottenham Hotspurs pada Selasa.

"Dilantik menjadi pengurus di Aston Villa merupakan satu penghormatan yang sukar dipercayai dalam karier bola sepak saya.

"Saya sangat positif selepas bertemu pemilik kelab, Randy Lerner dan Eksekutifnya, Tom Fox.

"Mereka mempunyai pelan terbaik dan  saya melihatnya sebagai cabaran untuk dihadapi.

"Sejujurnya, kami mempunyai tugasan berat, tapi kesemua pihak positif dan akan bekerja kuat," jelas Garde.

Tags / Kata Kunci: Aston Villa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan