Bintang Chelsea Lebih Suka Kalah Daripada Menang

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 10:51 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho akan diberi peluang untuk kekal di Chelsea, namun perlu memenangi semula kepercayaan daripada pemain juara Liga Perdana Inggeris berkenaan.

Pengendali The Blues itu berdepan keputusan buruk sejak awal liga kerana didakwa tidak lagi disukai oleh beberapa pemain yang telah membantunya pada musim lalu.

Pengacara BBC, Garry Richardson mendakwa, hubungan baik jurulatih itu dengan seorang bintang Chelsea kini terjejas teruk.

"Seorang bintang Chelsea baru-baru ini berkata, dia lebih suka kalah daripada menang.

"Selain itu, perhubungan Mourinho dengan beberapa pemain lain juga terjejas ketika ini," dakwanya.

Bagaimanapun Chelsea menafikan wujud perselisihan faham antara Mourinho dengan pemain walaupun sedia memberi peluang kepada jurulatih kelahiran Portugal berkenaan untuk membimbing kelab itu.





Tags / Kata Kunci: Chelsea , Jose Mourinho

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan