Carneiro Fail Saman Terhadap Mourinho

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 11:29 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS doktor skuad Chelsea, Eva Carneiro didakwa memfailkan saman terhadap pengurus pasukan itu, Jose Mourinho, lapor Press Association.

Carneiro meninggalkan Chelsea pada September lalu selepas dilucutkan tugasnya berikutan insiden kontroversi pada perlawanan pembukaan menentang Swansea City.

Doktor berusia 42 tahun itu bersama dengan pakar fisio Chelsea, Jon Fearn memasuki padang untuk merawat pemain Eden Hazard.

Tindakan mereka dikritik pengurus Jose Mourinho kerana bergegas turun padang untuk memberikan rawatan kepada Hazard.

Pemain itu terpaksa meninggalkan padang buat seketika menyebabkan Chelsea beraksi dengan hanya sembilan pemain.

Pada Jumaat lalu, peguam kepada Carneiro menyerahkan notis kepada kelab tersebut bahawa wanita itu berhasrat mendapatkan pampasan berhubung pemberhentian tugasnya.

Difahamkan kertas tuntutan itu telah diserahkan kepada Chelsea pada minggu ini.

Kes tersebut akan mencetuskan tribunal pekerjaan kecuali penyelesaian di luar mahkamah boleh dicapai sebelum perbicaraan dimulakan.

Peguam Carneiro menyerahkan kertas tuntutan tersebut selepas gagal mencari jalan penyelesaian dengan Chelsea setakat ini.

Tempoh tiga bulan notis tuntutan tersebut akan berakhir pada 8 November ini.

Carneiro turut mendapat sokongan daripada badan perubatan profesional yang menyatakan beliau menjalankan tanggungjawabnya untuk merawat pemain yang mengalami kecederaan.

Namun pada Isnin, Carneiro memfailkan tuntutan saman individu terhadap Mourinho yang pada masa sama berdepan tekanan mengenai masa depannya bersama Chelsea.

Mourinho kini berdepan kemungkinan dipecat selepas tewas enam daripada 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini.


Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Eva Carneiro , Chelsea

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan