Piala AFC: JDT Pasukan Pertama Pecah Monopoli Kelab Asia Barat

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 5:02 PM

Penyokong JDT meraikan kemenangan pasukan mereka ketika menonton perlawanan akhir Piala AFC di Dataran Bandaraya Johor Baru, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan pasukan Asia Timur pertama yang berjaya memecahkan monopoli pasukan-pasukan Asia Barat pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Setiausaha Agong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata JDT adalah satu-satunya kelab dari Asia Timur, termasuk Asia Tenggara yang menjuarai kejohanan peringkat kedua tertinggi di Asia yang sebelum ini dikuasai oleh kelab-kelab dari negara Asia Barat iaitu, Kuwait, Jordan, Bahrain, Syria dan Uzbekistan.

"Sejak Piala AFC diperkenalkan pada tahun 2004, tidak pernah ada mana-mana pasukan dari Asia Timur muncul juara sehingga JDT mencipta sejarah Sabtu malam.

Saban tahun wakil-wakil dari Malaysia hanya mampu melangkah setakat peringkat suku akhir.

"Saya mewakili Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, barisan Jawatankuasa Eksekutif FAM serta seluruh warga kerja FAM ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada JDT di atas kejayaan mereka muncul juara kejohanan Piala AFC tahun ini," katanya menerusi satu kenyataan Ahad.

JDT muncul juara selepas menewaskan pasukan dari Tajikistan, FC Istiklol 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Central Republican, Dushanbe, malam tadi sekali gus, mengubat kekecewaan mereka yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dalam penampilan sulung pada 2009, yang ketika itu dikenali sebagai Johor FC.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Leandro Velazquez pada minit ke-23, manakala kapten JDT Safiq Rahim dinobatkan sebagai pemain paling bernilai.

Hamidin yang hadir menyaksikan perlawanan itu di Dushanbe bersama Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, kejayaan membanggakan skuad Harimau Selatan itu perlu dicontohi dan menjadi inspirasi kepada pasukan-pasukan lain di Malaysia untuk mempunyai cita-cita tinggi bagi mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

"Bagi pihak FAM, kami sentiasa bersedia untuk memberi bantuan dan sokongan berterusan pada masa akan datang termasuk dari aspek penyusunan jadual liga domestik yang tidak terlalu padat buat wakil-wakil negara di kejohanan Piala AFC dan ternyata ia sedikit sebanyak telah membantu JDT untuk mara sehingga ke perlawanan akhir tahun ini," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjadi tunjang utama dalam mengubah landskap bola sepak di Johor, sehingga berjaya menjulang nama JDT untuk mencapai kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA), yang menyebabkan kedua-dua pasukan dari negara itu, Qadsia SC (juara bertahan) dan Kuwait SC tidak dibenarkan beraksi di peringkat separuh akhir kejohanan itu turut memudahkan laluan JDT ke final.

Selaku juara, JDT membawa pulang Piala AFC yang disampaikan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, selain wang tunai berjumlah AS$350,000 (RM1.502 juta), manakala Istiklol FC meraih AS$250,000 (RM1.072 juta) selaku naib juara.

Kejayaan berkenaan merupakan trofi ketiga yang diraih JDT musim ini, selepas muncul juara Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) menerusi kemenangan 2-0 ke atas Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 31 Jan lepas, selain menjuarai Liga Super 2015.-- Bernama 



Tags / Kata Kunci: JDT , AFC , Hamidin Mohd Amin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan