Pemain-pemain Liverpool meraikan kemenangan ke atas Chelsea bersama Klopp (tengah).
PASUKAN Chelsea terus dirundung malang apabila tewas 1-3 kepada Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris, di Stamford Bridge, Sabtu malam.
Jaringan awal The Blues pada minit keempat permainan oleh Ramires gagal memberi perubahan keputusan positif kepada skuad bimbingan Jose Mourinho apabila gagal menyekat serangan pasukan pelawat.
Mimpi ngeri Chelsea bermula pada minit terakhir separuh masa pertama apabila Philippe Coutinho berjaya menyamakan kedudukan.
Skuad Liverpool yang dibimbing pengurus baharu, Jurgen Klopp itu mempamerkan aksi lebih agresif pada babak kedua dalam mencari gol sehinggalah Coutinho sekali lagi muncul meledak gol kedua The Reds.
Christian Benteke memastikan Liverpool pulang penuh bergaya apabila menjaringkan gol ketiga Liverpool pada minit ke-83.
Senarai pemain:
Chelsea : Begovic, Zouma, Cahill, Terry, Azpilicueta (Falcao), Mikel (Fabregas), Ramires, Willian, Oscar, Hazard (Kenedy), Diego CostaChelsea 9simpnan): Amelia, Baba, Matic, Remy
Liverpool: Mignolet, Clyne, Skrtel, Sakho, Moreno, Lucas, Can, Milner (Benteke), Lallana, Coutinho, Firmino (Ibe)Liverpool (simpanan) : Bogdan, Lovren, Allen, Teixeira, Randall