Bubar Skuad Kebangsaan, Lantik Fritz Bimbing Skuad B-23 - Teong Kim

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 9:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatan ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan dan Bawah 23 Tahun negara masih belum diisi memandangkan proses pemilihan kedua-dua posisi penting itu sedang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan dijangka bakal diumumkan Disember ini.

Dalam kesibukan FAM menilai setiap permohonan bagi mengisi dua jawatan ini, Pengarah Program Pembangungan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim tampil memberi pandangan berbeza mengenai jawatan jurulatih skuad kebangsaan ini.

"Pada pandangan saya, lantik Fritz (Fritz Markus Schmid) sebagai jurulatih Bawah 23 dan lupakan skuad kebangsaan.

Fritz.

"Kalau hendak cari jurulatih kebangsaan, kamu nak lantik siapa? Jurulatih luar negara? Adakah dia akan datang untuk €10,000 (euro)? Kamu rasa dia akan datang dengan bayaran AS$10,000?  Tidak. Kamu bayar AS$100,000 (RM430,000) sebulan, mungkin ya. Dengan bayaran itu pasukan kebangsaan mungkin tidak akan kalah 10-0, tetapi mungkin  2-0. Padahal kamu melabur sebanyak AS$100,000 sebulan. Apa maksudnya?," jelasnya kepada mStar Online.

Mengulas lebih lanjut mengenai pendapatnya itu, Teong Kim yakin Fritz merupakan calon yang mampu menguruskan skuad 23 tahun ini berdasarkan pengalamannya.

"Pengalaman itu penting kepada seseorang jurulatih selain perlu mempunyai kemahiran. Fritz memang sudah ada di sini, gunakan pengalamannya. Beri fokus kepada pasukan B-23 tahun, gunakan contoh program pembangunan yang ada.

"Bukan untuk skuad ini sahaja, malah semua negeri perlu menggunakan model pembangunan remaja. Ia adalah masa depan. Kita sudah buat program pembangunan, mereka (negeri) boleh ‘adopt’ sistem ini. Itu sahaja.

"Ini tidak... semua pasukan negeri ‘tidur’. Semua ego, tapi tak faham apa itu pembangunan remaja. Malaysia adalah satu-satunya negara yang tidak ada liga profesional remaja. Jadi jangan terkejut kalau kita kalah 20-0," jelas bekas jurulatih kelab remaja Bayern Munich itu.

Fritz Markus Schmid, 55, dilantik sebagai Pengarah Teknikal FAM selama tiga tahun sejak April 2014 dan bertanggungjawab memantau kesemua jurulatih kebangsaan, skuad Harimau Muda A, B dan C serta terlibat dalam program pembangunan bola sepak remaja.

Berdasarkan pengalamannya, Fritz yang pernah membimbing pasukan Tottenham Hotspur sebagai penolong jurulatih, FC Basel 1893 dan FC Aarau selain pernah menjadi pengurus pasukan termasuk SC Kriens, Team Aargau U21, Grasshopper Club Zurich II dan Racing Club Zurich dilaporkan turut memohon jawatan membimbing skuad B-23 negara ini.

Skuad B-23 tahun negara memerlukan ketua jurulatih selepas pengendalinya Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan sementara, sebaik sahaja Dollah Salleh meletak jawatannya pada 4 September lalu gara-gara kekalahan besar 10-0 kepada UAE dalam aksi Kelyakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

Tags / Kata Kunci: Lim Teong Kim , Fritz Markus Schmid , B-23

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan