Hukuman Penggantungan Mat Yo Dikurangkan

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 2:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terengganu bakal mendapat kembali khidmat penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha bagi aksi terakhir Kumpulan A Piala Malaysia berdepan Lions XII pada 4 November ini.


Ia susulan keputusan Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Khamis yang bersetuju mengurangkan penggantungan lima perlawanan kepada tiga termasuk satu penggantungan automatik ke atas pemain itu yang lebih dikenali sebagai Mat Yo.

Badan induk itu dalam satu kenyataan memaklumkan denda sebanyak RM2,500 yang dikenakan ke atas Norshahrul pada 15 Okt lepas bagaimanapun dikekalkan.

Satu penggantungan perlawanan secara automatik ke atas Norshahrul membabitkan pertemuan menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura pada26 September lepas yang berkesudahan pasukan negara jiran itu menang 3-2.

Selain itu, dua penggantungan perlawanan yang sudah dijalani Norshahruladalah aksi menentang Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) II. -

Jawatankuasa Disiplin FAM sebelum ini mengenakan penggantungan itu serta denda RM2,500 berikutan tindakan Norshahrul memijak pemain Kedah, Osman Yusof yang mengakibatnya menerima kad merah pada aksi Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, 18 September lepas yang berkesudahan Kedah menang 5-0.

Dalam kenyataan sama, Jawatankuasa Rayuan mengekalkan denda RM80,000 ke atas Persatuan Bola Sepak Sarawak susulan tindakan liar penyokong pasukan itu dalam tiga aksi berbeza.

Selain didenda, Sarawak juga bakal beraksi dua perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri kerana didapati bersalah melanggar Artikel 25 Kod Tatatertib FAM 2015.

Penyokong Sarawak sebelum ini bertindak membakar dan melontar mercun, suar dan bom asap ke kawasan padang selain merosakkan kenderaan polis dan membaling batu ke bas pasukan pelawat pada tiga perlawanan berbeza di Stadium Negeri,Kuching.

Perlawanan itu adalah aksi Piala Malaysia 2014 antara Sarawak dan Perak pada 30 Ogos 2014, selain dua perlawanan Liga Super ketika menentang Perak pada 20 Jun lepas serta bertemu Felda United, seminggu kemudian.

Tags / Kata Kunci: Mat Yo , Terengganu

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan