Tiada Penyudah Punca Tewas, Penalti Seperti Judi - Van Gaal

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal mengakui kerisauannya terhadap pemain-pemainnya yang tiada penyudah tajam di depan pintu gol selepas tersingkir dalam saingan Piala Liga pusingan keempat kepada Middlesbrough awal pagi Khamis.

United tewas 3-1 menerusi penentuan penalti setelah terikat tanpa jaringan dalam tempoh permainan sebenar di Old Trafford.

Kedudukan tanpa jaringan sebelum penentuan penalti itu menyaksikan mereka kini gagal merekodkan gol dalam tempoh 238 minit dalam aksi domestik.

Malah  pemain antarabangsa England Wayne Rooney, Michael Carrick dan Ashley Young gagal merakam sebarang gol dalam saingan itu.

"Sudah tentu saya risau apabila mereka gagal menggunakan peluang di depan gol. Dalam bola sepak, hanya menjaringkan gol sahaja penting. Kami telah bermain dua perlawanan (0-0) yang sebenarnya kami boleh mendapatkan jaringan," jelas Van Gaal.

"Kami mendapat peluang mudah di depan penjaga gol mereka. Apabila kamu tidak menamatkan peluang itu, ia memang susah untuk menang.

"Kamu boleh cakap kami tidak bertuah kerana kami mempunyai peluang baik dan perlu merebut tuah itu. Kami tidak berbuat demikian kerana kami tidak menjaringkan gol. Tetapi saya tahu dalam bola sepak apa sahaja boleh berubah.

"Pemain saya sudah memberikan yang terbaik. Penalti adalah satu perjudian-kamu tidak akan tahu".

Tags / Kata Kunci: Louis van Gaal , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan