Piala Liga Inggeris: Klopp Raih Kemenangan Pertama, Man City Pesta Gol

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp akhirnya meraih kemenangan pertama sejak bersama Liverpool, setelah dalam tiga perlawanan sebelum ini iaitu dua di Liga Perdana Inggeris dan satu di Liga Europa, berakhir seri.

Kemenangan pertama pengurus dari Jerman bersama Liverpool itu dicipta pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris apabila pasukan bimbingannya itu berjaya menundukkan pasukan tetamu, AFC Bournemouth dengan gol tipis 1-0.

Klopp harus berterima kasih kepada Nathaniel Clyne yang membolosi gawang Bournemouth yang dikawal penjaga golnya Adam Federici pada minit ke-17.

Dalam pertandingan tersebut, Klopp menurunkan pemain Cameron Brannagan selama 65 minit sebelum dia kemudian digantikan dengan Lucas Leiva.

Sementara itu dalam pertandingan lain, Manchester City berpesta gol menentang Crystal Palace dengan skor 5-1.

Kelima-lima gol skuad bimbingan jurulatih dari Chile, Manuel Pellegrini dihasilkan oleh lima pemain yang berbeza.

Wilfried Bony membuka skor di Stadium Etihad pada minit ke-22 dan seminit sebelum berakhir separuh masa pertama Kevin de Bruyne menggandakan keunggulan tuan rumah.

Memasuki babak kedua, Kelechi Iheanacho menambah keunggulan ManCity menjadikan kedudukan 3-0 dan penalti Yaya Toire pada minit 76 mengubah lagi skor menjadi 4-0.

Setelah Damoen Delaney memberi satu gol saguhati untuk Palace pada minit 89, akhirnya Manuel Garcia menutup perlawanan menjadi 5-1 pada masa kecederaan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan