Mourinho Akui Tiada Tekanan, Masih Boleh Tidur Lena

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 11:41 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho mengakui dia tidak perlukan apa-apa jaminan mengenai masa depannya bersama Chelsea selepas mengharungi musim teruk dalam aksi Liga Perdana dan terbaharu terkeluar daripada saingan Piala Liga, tewas kepada Stoke City.

Sehingga kini, skuad juara bertahan ini telah mencatat tujuh kekalahan dalam 15 perlawanan awal semua kempen, termasuk tewas 5-4 menerusi penentuan penalti kepada Stoke awal pagi Rabu.

Namun Mourinho berkata, dia tetap tenang dan masih boleh tidur dengan lena, malah tidak akan berbincang dengan pemilik kelab, Roman Abramovich bagi mendapatkan penjelasan mengenai kedudukannya.

Pengendali Portugis yang masih lagi mendapat undian kepercayaan penyokong-penyokong kelab selepas tewas 3-1 kepada Southampton dalam aksi liga perdana minggu lalu berkata: "Saya tidak perlukan itu (jaminan)".

Dalam pada itu, timbul spekulasi Mourinho bakal dipecat jika Chelsea tewas kepada Liverpool Sabtu ini, dan dia menegaskan tidak mengalami sebarang tekanan mengenai khabar itu.

"Keseluruhannya situasi saya sangat menakjubkan. Saya ada hari cuti esok (Rabu), saya mempunyai keluarga yang sempurna, saya boleh tidur malam."

Mourinho juga turut memberitahu dia tidak menyalahkan  Eden Hazard apabila sepakan penalti penting yang dilakukannya berjaya diselamatkan penjaga gol Stoke, Jack Butland.

"Permainan yang berkualiti, banyak aksi serangan dan kawalan emosi yang baik. Semuanya dalam situasi memuaskan selain daripada sepakan penalti. Saya rasakan separuh masa pertama sepatutnya keputusan 3-0 atau 4-0."

Selain itu, Mourinho juga turut menyelar beberapa bekas pemain yang mempersoalkan mengenai usaha pasukan dan sokongan pemain kepadanya.

"Secara jujur, kamu fikir pemain-pemain tidak bersama saya dan tidak memberi segalanya ketika beraksi?".

"Ia sangat menyedihkan; bukan kepada saya tetapi pemain-pemain. Kenyaataan itu langsung tidak menghormati pemain, bukan saya. Dan bagi saya jika pemain-pemain ini tidak menyokong saya, ia sesuatu yang menakjubkan kerana saya boleh menjelaskan 'kami tidak ada keputusan kerana pemain-pemain menentang saya'.

"Saya fikir apa yang ditulis dan diberitahu adalah sesuatu yang tidak baik kepada pemain-pemain saya.

"Ia timbul kerana sebahagian daripada 'mereka' merasakan pemain-pemain saya seperti 'mereka' ketika menjadi pemain dahulu."

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Chelsea

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan