Piala Liga: Arsenal Dimalukan Sheffield Wednesday 3-0

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 10:33 AM

Wallace gembira menjaringkan gol pertama perlawanan menentang Arsenal, awal pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS mempamerkan beberapa aksi cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris, pasukan Arsenal dikejutkan tewas 3-0 kepada Sheffield Wednesday bagi perlawanan Piala Liga pusingan keempat di Hillsborough, awal pagi Rabu.

Kedua-dua pasukan memulakan permainan mudah, namun Arsenal kehilangan Oxlade-Chamberlain yang mengalami kecederaan, dan digantikan Theo Walcott yang turut berdepan dengan masalah yang sama pada minit-20 permainan.

Wednesday mengambil peluang tersebut untuk mengatur jentera serangan dan meraih gol pertama melalui Ross Wallace pada minit ke-27 sebelum Lucas Joao menambah kejutan kepada skuad The Gunners pada minit ke-40.

Anak buah Arsene Wenger bangkit cuba kembali mengatur rentak permainan pada babak kedua permainan, tetapi pasukan tuan rumah mengawal ketat setiap pergerakan lawan mereka bagi memastikan gawang tidak dibolosi.

Namun dalam keghairahan Arsenal cuba menyerang kubu Wednesday, Sam Hutchinson bijak mencuri ruang kosong menambah satu lagi gol buat pasukannya sekaligus mengekalkan kedudukan 3-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan tersebut amat bermakna buat skuad Carlos Carvalhal  ini setelah  menunggu 22 tahun untuk membalas dendam kepada Arsenal apabila  tewas dalam saingan akhir kepada skuad liga perdana ini pada tahun 1991.

Sebaliknya, kekalahan ini mencatat rekod peribadi Wenger yang gagal sebanyak 20 kali untuk menjulang trofi ini sejak menguruskan Arsenal.

Kali terakhir Wednesday muncul juara dalam saingan ini pada tahun 1991 dengan menewaskan Manchester United.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Piala Liga , Sheffield Wednesday

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan