Presiden AFC Bersaing Rebut Jawatan Presiden Fifa

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 7:22 AM

Sheikh Salman

(Ubah saiz teks)

MANAMA (Bahrain): Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Sheikh Salman Bin Ebrahim Al Khalifa dari Bahrain telah menyertai saingan merebut jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Bahrain News Agency melaporkan, Isnin.

Agensi itu berkata, Sheikh Salman telah menghantar pencalonannya ke ibu pejabat FIFA Ahad, sehari sebelum tarikh tutup untuk calon menghantar pencalonan mereka daripada lima persatuan bola sepak.

Dia, yang mempunyai hubungan rapat dengan Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah dari Kuwait, merupakan salah seorang lelaki paling berkuasa dalam politik sukan antarabangsa dan orang penting dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), mendapat sokongan penuh daripada tokoh bola sepak Asia minggu lalu.

Sheikh Salman sebelum ini telah menyokong Presiden Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini.

Bagaimanapun dengan masalah yang menyelubungi tokoh dari Perancis itu, yang bermula dengan bayaran sebanyak dua juta franc Swiss (RM8.62 juta) daripada FIFA pada 2011 untuk kerja yang dilakukan sembilan tahun sebelumnya, telah mengubah keadaan pemilihan presiden.

Awal bulan ini, Platini telah dihukum gantung sementara selama 90 hari oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA - keputusan yang menyebabkan sokongan terhadapnya merosot dengan cepat.

Platini telah merayu terhadap hukuman itu dan masih berpeluang untuk kembali menyertai pertandingan presiden FIFA pada 26 Februari nanti jika berjaya dalam rayuannya.

Sheikh Salman akan bersaing dengan seorang lagi anggota keluarga diraja Arab dengan Putera Ali Bin Al Hussein dari Jordan telah pun mengemukakan pencalonannya.

Pada Sabtu lalu, bekas tahanan era aparteid yang kini menjadi ahli perniagaan, Tokyo Sexwale meng­umumkan dia akan bertanding selepas mendapat sokongan daripada Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan.

Bekas pemain tengah Trinidad dan Tobago, David Nakhid berkata dia telah menghantar kertas pencalonannya kepada FIFA, selain bekas Timbalan Setiausaha Agung FIFA, Jerome Champagne dan Platini sendiri.

Bekas bintang Piala Dunia Brazil, Zico juga pernah berkata dia mahu bertanding tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dia mendapat sokongan yang diperlukan.

FIFA telah digemparkan dengan keputusan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada 27 Mei lalu untuk menyoal siasat 14 pegawai bola sepak dan eksekutif pemasaran sukan dalam penyiasatan berkaitan rasuah.

Pihak berkuasa Switzerland juga sedang menyiasat FIFA sementara Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah menjatuhkan beberapa hukuman gantung.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan