Lapan Calon Bakal Rebut Kerusi Utama FIFA

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 4:41 PM

(Ubah saiz teks)

PEREBUTAN kerusi utama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka sengit selepas menerima dua pencalonan terakhir pada Isnin sekaligus menyaksikan seramai lapan orang keseluruhan bersaing antara satu sama lain.

Setiausaha Agung Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Gianni Infantino mengumumkan akan bertanding merebut jawatan utama FIFA di saat akhir selepas mesyuarat bersama ahli majlis tertinggi badan bola sepak Eropah.

Infantino merupakan orang kanan Michel Platini selama enam tahun mendapat sokongan penuh dari ahli majlis UEFA.

Malah Platini juga turut menyerahkan borang pencalonan bagi pemilihan jawatan tersebut, namun kini dia digantung selama 90 hari kerana terlibat dengan pertuduhan disiplin membabitkan bayaran gaji tertunda £1.3 juta (RM9 juta) dari sumber kewangan FIFA yang ditandatangani presiden Sepp Blatter pada tahun 2011.

Selain itu, turut menghantar borang pencalonan ialah Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, Putera Ali bin Al Hussein dari Jordan, bekas pemain Trinidad and Tobago David Nakhid, bekas Timbalan Setiausaha Agung FIFA Jerome Champagne, Presiden Persatuan Bola Sepak Liberia, Musa Bility dan bekas tahanan politik era aparteid Afrika Selatan yang kini berjaya sebagai ahli perniagaan, Tokyo Sexwale.

Senarai pencalonan tersebut bagi memilih pemimpin baharu FIFA selepas Blatter dikaitkan dengan skandal rasuah melibatkan badan induk dunia itu.

Tags / Kata Kunci: FIFA , Pencalonan Presiden FIFA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan