Aston Villa Pecat Tim Sherwood

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 1:30 AM

(Ubah saiz teks)

TIM Sherwood dipecat sebagai pengurus Aston Villa selepas pasukan itu berada dalam zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris musim ini.


Sherwood mengambil alih tugas di Aston Villa sejak Februari lalu dengan mempamerkan aksi positif awal musim malah turut membawa skuad ke final Piala FA.

Namun hanya dengan satu kemenangan setakat ini telah membawa kepada penyingkiran Sherwood.

Pihak kelab telah mengesahkan keputusan tersebut selepas laporan pemecatan itu tersebar.

“Ahli lembaga kelab telah memantau dan mengikuti perkembangan pasukan sejak awal musim dan percaya keputusan di padang tidak begitu baik dan memerlukan perubahan segera.

“Bagaimana pun, pihak kelab ingin mengucapkan penghargaan kepada Tim di atas segala usaha ketika pasukan berdepan dengan situasi sukar musim lalu, malah banyak sumbangan positif yang telah dilakukan secara keseluruhan ketika bersama kami. Kami berharap beliau lebih berjaya pada masa depan,” jelas kenyataan kelab itu.

Villa juga turut mengumumkan pembantu pengurus, Ray Wilkins, jurulatih Mark Robson dan penilai prestasi Seamus Brady juga dipecat.

Manakala Kevin Macdonald akan menguruskan skuad sehingga menemui pengurus baharu.

Pada Sabtu, Aston Villa tewas 2-1 kepada Swansea yang mencatatkan kekalahan keenam berturut-turut sekaligus meletakkan mereka di kedudukan paling akhir liga.

Tags / Kata Kunci: Tim Sherwood , Aston Villa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan