Pasukan England Turut Didenda UEFA

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 12:53 PM

Roy Hodgson

Roy Hodgson

(Ubah saiz teks)

KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) mengeluarkan denda kepada pasukan England, Poland, Scotland dan Lithuania gara-gara gagal mengawal kelakuan penyokong masing-masing sepanjang aksi Kelayakan Euro 2016.


Poland didenda 40,000 euro (RM187,432), Scotland 20,000 euro (RM93,716) yang menimbulkan kekacauan ketika aksi seri 2-2 bagi Kumpulan D pada 8 Oktober di Glasgow.

Manakala pasukan England diarah membayar 15,000 euro (RM70,287) dan  Lithuana 30,000 (RM140, 574 ) selepas kedua-dua penyokong menimbulkan huru-hara ketika saingan di Vilnius yang menyaksikan skuad Roy Hodgson menang 3-0.

Tags / Kata Kunci: Kelayakan , UEFA , Euro 2016

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan