Saya Tidak Bersaing Dengan Ronaldo - Messi

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 12:48 PM

Messi (kiri) dan Ronaldo.

(Ubah saiz teks)

LIONEL Messi mengakui dia tidak bersaing dengan Cristiano Ronaldo dan berharap pemain Real Madrid itu juga tidak ada rasa persaingan di antara mereka.


“Saya tidak bersaing dengan Ronaldo dan saya anggap dia juga tidak merasakan demikian. Apa yang saya mahukan adalah yang terbaik untuk pasukan dan itulah yang saya cuba lakukan sekarang.

“Saya tidak muhu melihat perkara itu terlalu jauh. Saya menghadapi saat hidup hari demi hari, dan buat masa ini saya bersama Barcelona dalam Liga Sepanyol yang telah membuatkan hidup saya sangat baik.

“Saya tidak perlu untuk membuatkan orang teruja kepada diri saya kerana itu bukanlah alasan yang bermain bola sepak. Saya bermain kerana saya minat dan ia adalah kerjaya, malah saya mahu anak saya faham apa yang saya lakukan ini,” jelasnya yang enggan mengulas lebih lanjut masa depannya di Camp Nou.

Dalam pada itu Messi turut mendedahkan perkara yang akan dilakukan jika pasukannya mengalami kekalahan.

“Saya tetap tidak suka dengan kekalahan, tetapi apabila saya tiba di rumah saya sedar semua itu akan reda apabila melihat anak saya.

“Kami akan teruskan apa yang perlu dilakukan dalam setiap perlawanan. Ada masanya kita perlu turun ke bawah untuk membantu yang lain untuk mendapatkan bola kembali, dan ada masanya lagi kita perlu ke depan untuk mencipta situasi menjaringkan gol,” jelasnya mengenai situasi dalam perlawanan.

Mengenai kecederaan yang dialami ketika bertemu kelab Las Palmas baru-baru ini, Messi mengakui ia sesuatu yang janggal.

“Saya sedar ia bukan kecederaan ringan kerana ia lebih kerana terjahan biasa. Saya tidak sabar untuk cepat sembuh kerana keadaan ini membuatkan saya seperti seorang yang teruk.

“Namun hari demi hari saya semakin boleh menerima keadaan dan apa yang paling penting saya perlu pulih dan kembali cergas seratus peratus.

“Ikutkan hati, saya mahu beraksi tetapi doktor tidak membenarkan saya berbuat demikian. Mereka memberitahu bahawa saya perlu pulih sepenuhnya dan selepas itu barulah boleh kembali ke padang,” tambah Messi.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan