Liga Juara-Juara: Man United Seri 1-1 Dengan CSKA Moscow

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 8:33 AM

Anthony Martial menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara ketika Manchester United menentang CSKA Moscow dalam saingan Kumpulan B di Stadium Arena Khimki, Moscow awal pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

ANTHONY Martial menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara dan David De Gea menyelamatkan satu tendangan penalti sekali gus menjadi keputusan seri 1-1 buat Manchester United ketika menentang CSKA Moscow, awal pagi Khamis.

Manchester United yang bertandang di Stadium Arena Khimki, Moscow dalam saingan Kumpulan B, membawa pulang satu mata.

Walaupun berada di kubu lawan, Manchester United begitu mendominasi permainan apabila mencatatkan 72 peratus penguasaan bola.

Bagaimanapun, pasukan di bawah bimbangan pengurus Louis van Gaal tidak begitu kuat dalam melemahkan benteng pertahanan CSKA.

Malah CSKA mengungguli keputusan jaringan terlebih dahulu pada minit ke-15 menerusi aksi Seydou Doumbia hasil tendangan penalti Roman Eremenko.

Ia akibat kesilapan 'handball' Anthony Martial di dalam kotak penalti.

CSKA berpeluang untuk menggandakan kedudukannya pada minit ke-31. Bagaimanapun, ketangkasan De Gea dapat menggagalkan cubaan itu.

Manchester United turut mempunyai beberapa peluang menerusi aksi Wayne Roony namun keputusan 1-0 buat CSKA terus bertahan sehingga tamat separuh masa pertama.

Menerusi babak kedua, Manchester United kembali menguasai permainan. Pada minit ke-65, pasukan Red Devils berjaya menyamai kedudukan.

Martial yang melakukan kesilapan pada babak pertama 'membayarnya semula' menerusi jaringan yang membolosi gawang penjaga gol CSKA, Igor Akinfeev selepas memanfaatkan umpan silang Antonio Valencia.

Selepas itu, kedua-dua pasukan tidak lagi mampu meraih peluang ke gawang lawan. Keadaan tersebuat membuatkan skor berimbangan 1-1 sehingga tamat permainan.

Manchester United dan CSKA masing-masing meraih empat mata dalam tiga perlawanan berada pada kedudukan kedua dan ketiga di bawah Wolfsburg yang menduduki tangga teratas Kumpulan B.

Wolfsburg di hadapan dengan enam mata, selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas PSV Eindhoven.


Tags / Kata Kunci: Anthony Martial , Manchester United

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan