Liga Juara-Juara: Man City Menang 2-1 Ke Atas Sevilla

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 7:21 AM

Kevin De Bruyne (kanan) ketika menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Juara-Juara saingan Kumpulan D antara Manchester City dan Sevilla di Stadium Etihad, Manchester pada awal pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City mencatatkan kemenangan kemenangan kali kedua dalam perlawanan Liga Juara-Juara dan kini mengejar kedudukan Juventus di tangga teratas dalam saingan Kumpulan D.

Dalam perlawanan di Stadium Etihad, Manchester pada awal pagi Khamis, Manchester City meraih kemenangan 2-1 ke atas Sevilla.

Pada masa yang sama, pencabarnya, Juventus memperoleh keputusan berimbang tanpa jaringan dalam perlawanan menentang Borussia Moenchengladbach.

Sevilla mengungguli perlawanan pada minit ke-30. Pemainnya, Vilo menguasai bola lalu memberikan umpan kepada rakan sepasukan, Yevhen Konoplyanka yang kemudiannya berjaya menghasilkan jaringan membolosi gawang dikawal penjaga gol Manchester City, Joe Hart.

Bagaimanapun, Manchester City dapat menyamai kedudukan hanya dalam masa enam minit apabila pemain Sevilla, Adil Rami melantunkan gol sehingga masuk ke gawang sendiri.

Hasrat Sevilla untuk mendapatkan satu mata dari kubu Manchester City tidak kesampaian. Ini kerana Kevin De Bryne mencatatkan gol kemenangan buat pasukannya pada akhir permainan.

De Bryune melepaskan tendangan ke gawang lawan selepas mendapatkan umpan daripada Yaya Toure.

Menerusi kemenangan ini, Manchester City mengumpulkan enam mata dan berada pada kedudukan kedua dalam saingan Kumpulan D.

Pasukan ini hanya berbeza satu mata dengan Juventus yang berada di tangga teratas dalam saingan itu.

Juventus yang menerima tetamu Moenchengladbach di Stadium Juventus hanya mampu bermain secara berimbang tanpa sebarang gol.

Tags / Kata Kunci: Manchester City

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan