Arsenal Kejutkan Bayern Munich 2-0

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 9:51 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Arsene Wenger percaya kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Bayern Munich menjadi akan meningkatkan moral para pemain dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Kedudukan Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini kelihatan kabur apabila tewas dalam dua perlawanan pertama kumpulan F.

Bagaimanapun mereka berjaya mengembalikan harapan peminat selepas mengejutkan anak didik Pep Guardiola di Stadium Emirates pada awal pagi Rabu.

Walaupun aksi tersebut dibayangi oleh aksi luar biasa penjaga gol pasukan pelawat iaitu Manuel Neuer namun Olivier Giroud berjaya memecah kebuntuan pada ke-77 untuk gol pertama Arsenal.

Tidak lama selepas itu, Mesut Ozil pula menhadiahkan gol kemenangan untuk menjadi keududukan 2-0 hingga perlawanan ditamatkan.

Arsenal bakal bertandang ke Munich pada 4 November untuk pusingan kedua peringkat kumpulan F.

Wenger berkata, dia yakin para pemain dapat mengekalkan momentum kemenangan itu.

"Kami bukan sahaja perlu bersaing di peringkat Eropah tetapi juga di Liga Perdana Inggeris.

"Setakat ini kami berjaya menewaskan pasukan kuat dan mengekalkan momentum itu. Saya harap ia akan kekal," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Bayern Munich

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan