Bekas Bintang Real Madrid Raul Bakal Bersara

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 11:19 AM

(Ubah saiz teks)

RAUL dilaporkan bakal bersara daripada bola sepak bulan depan selepas berakhirnya musim ini bersama New York Cosmos.

Bekas penyerang Sepanyol berusia 38 tahun ini menyertai Cosmos dalam saingan Liga Bola Sepak Amerika Utara, Disember lalu namun membuat keputusan untuk bersara sebaik sahaja tamat musim pertamanya.

"Saya ada memberitahu akan menilai sejauh mana prestasi dan tahap yang terbaik yang boleh saya pamerkan ketika  menandatangani kontrak dengan New York Cosmos Disember lalu.

"Saya membuat keputusan untuk bersara sebaik sahaja berakhirnya musim ini. Sebelum itu, saya telah memberi fokus sepenuhnya dalam membantu New York Cosmos memenangi Kejuaraan NASL.

"Beberapa bulan lagi saya akan beritahu perancangan seterusnya dalam karier ini.

"Bola sepak adalah sebahagian daripada hidup saya dan keputusan untuk bersara ini bukanlah mudah, tetapi saya percaya inilah masa yang paling sesuai.

"Saya berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan sepanjang karier saya dan teruja untuk beraksi dalam perlawanan terakhir bersama New York Cosmos dalam tempoh terdekat ini," jelas Raul.

Sebelum ini, Raul melalui zaman kegemilangan sepanjang 16 tahun bersama Real  Madrid yang menyaksikan pasukannya meraih enam trofi juara La Liga, tiga gelaran juara Liga Juara-Juara, enam kali juara Piala Super Sepanyol sebelum menyertai Schalke dan Al-Sadd Sports Club.

Malah Raul turut mencatat 44 gol dalam 102 penampilan bersama Sepanyol.

Tags / Kata Kunci: Raul , Real Madrid , Sepanyol

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan