Piala Malaysia: Sarawak Tetap Layan Perak Di Stadium Kosong Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 9:35 PM

Antara tindakan liar penyokong Sarawak pada 30 Ogos 2014.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Saingan Piala Malaysia peringkat kumpulan Bantara Sarawak dan Perak pada Sabtu ini kekal diadakan tanpa kehadiran penonton di Stadium Negeri, Petra Jaya, di sini.

Ini berikutan rayuan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) terhadap hukuman bermain dua perlawanan tanpa penyokong di gelanggang sendiri ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi berkata FAM hanya menerima rayuanterhadap hukuman denda RM80,000 yang dikenakan terhadap persatuan itu ekoran tindakan liar penyokong di stadium berkenaan sebelum ini.

Biarpun bermain di stadium kosong, katanya skuad Bujang Senang akan berjuang sepenuhnya untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan itu untuk memburu slot ke saingan suku akhir.

Dalam kenyataan pada Khamis, beliau meningatkan penyokong Sarawak untuk kembali semula ke Stadium Negeri apabila pasukan tuan rumah melayan kunjungan pendahulu kumpulan, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 24 Oktober ini.

Skuad Bujang Senang kendalian jurulatih sementara, David Usop kini berada ditangga ketiga kumpulan dengan mengutip tiga mata hasil satu menang dan sekali kalah.

Pada September lepas, FAS dikenakan denda RM80,000 selain bermain duaperlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri oleh FAM kerana didapati bersalah melanggar Artikel 25 Kod Tatatertib FAM 2015.

Kesalahan itu, jelas FAM diputuskan selepas penyokong Sarawak bertindak membakar dan melontar mercun, suar dan bom asap ke kawasan persekitaran padang selain merosakkan kenderaan polis dan membaling batu ke bas pasukan pelawat pada tiga perlawanan berbeza di stadium berkenaan.

Perlawanan berkenaan adalah aksi Piala Malaysia 2014 antara Sarawak danPerak pada 30 Ogos 2014, selain dua perlawanan Liga Super membabitkan Sarawak berdepan Perak pada 20 Jun lepas serta Sarawak menentang Felda United, seminggu kemudian.

Tags / Kata Kunci: Sarawak , Tanpa Penyokong

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan