Mourinho Didenda, Digantung Satu Perlawanan - Bola Sepak | mStar

Mourinho Didenda, Digantung Satu Perlawanan

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 7:30 AM

Jose Mourinho.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus Chelsea, Jose Mourinho digantung perlawanan satu perlawanan dan didenda 50,000 pound (RM321,141) oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) selepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengadil takut untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada kelab tersebut.

Mourinho mengakui melakukan kesalahan tersebut berikutan kenyataan yang dikeluarkannya selepas Chelsea tewas 1-3 kepada Southampton pada 3 Oktober lalu.

"Dengan kedudukan terikat 1-1, kami tidak mendapat sepakan penalti yang sepatutnya.

"Sekiranya FA mahu menghukum saya, mereka boleh berbuat demikian, mereka tidak hukum pengurus lain, mereka hanya hukum saya.

"Pemain saya layak mendapatnya (sepakan penalti) begitu juga peminat Chelsea. Saya juga penyokong Chelsea, saya mahu katakan semula bahawa pengadil takut untuk membuat keputusan tersebut kepada Chelsea," katanya.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, FA berkata penggantungan tersebut akan diguna pakai dengan segera sekiranya Mourinho melakukan kesalahan sama dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Mourinho berdepan pelbagai kritikan pada musim ini susulan pertengkarannya dengan bekas doktor Chelsea, Eva Carneiro dan aksi hambar pasukan itu.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , FA , denda , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan