Evra Masih Bengang Dengan United

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2015 7:36 AM

Patrice Evra

(Ubah saiz teks)

PATRICE Evra mendedahkan bahawa dia masih marah dengan Manchester United yang ditinggalkannya pada Julai 2014 dan berhijrah ke Juventus.

Pemain berusia 34 tahun itu berminat untuk meneruskan kerjayanya di Old Trafford, tetapi akhirnya memilih meninggalkan kelab itu untuk menyertai Juventus selepas United mengubah syarat-syarat kontraknya.

Evra tidak menyesal dengan keputusannya menyertai juara Serie A itu, tetapi mendapati masih sukar untuk membincangkan tentang perkara itu walaupun dia sudah keluar dari United.

"Masih sukar untuk bercakap tentang diri saya yang keluar United, tetapi satu hari - apabila kerjaya saya berakhir - Saya akan dapat berkata-kata dengan lebih terbuka mengenainya," kata pemain Perancis ini.

"Saya datang ke Turin semuanya untuk keluarga saya, kerana di Manchester mereka telah memasukkan klausa dalam perjanjian antara kami yang sangat mengubah keadaan. Ia benar-benar membuatkan saya marah.

"Tetapi saya tidak menyesal dengan langkah ini, yang akhirnya telah terbukti lebih daripada positif.

"Saya gembira dalam Serie A, walaupun ia lebih kepada satu kebetulan,  bukan pilihan, bahawa saya akan berada di Turin.

"Matlamat saya adalah untuk terus menang dengan Juventus dan pasukan kebangsaan, terutamanya kerana saya berada di negara tuan rumah Euro 2016."
Tags / Kata Kunci: Patrice Evra , Serie A , klausa perjanjian

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan