Misi Kemenangan Pertama Harimau Malaysia Di Timor Leste

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 10:31 AM

Jurulatih Kim Swee bersama pemain ketika sesi latihan terakhir skuad Harimau Malaya sebelum bertemu Timor Leste pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya yang turun dengan misi mencari kemenangan pertama dalam pusingan kedua kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 ke atas Timor Leste memerlukan fokus sehinggawisel penamat untuk mencatatkan keputusan positif.

Perlawanan itu yang bakal berlangsung di Stadium Perbandaran Dili pada pukul 4 petang waktu Timor Leste bakal meningkatkan peluang kepada pasukan yang mempamerkan aksi yang cemerlang untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), walaupun tiada peluang untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Pasukan kebangsaan yang sekadar seri 1-1 menentang Timor Leste di Stadium Bukit Jalil selain kekalahan memalukan 6-0 dengan Palestin dan 10-0 di tangan UAE sebelum didenda dengan keputusan 3-0 berpihak kepada Arab Saudi akibat tindakan liar penyokong, menduduki tangga tercorot Kumpulan A dengan hanya satu mata dibolosi 20 gol.

Malaysia yang menamatkan badi tanpa kemenangan dalam aksi antarabangsa hampir 10 bulan dengan menewaskan Laos 3-1 di Bangkok, Thailand dan prestasi baik semasa aksi ke atas Arab Saudi memberikan sedikit harapan buat skuad kebangsaan untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2019.

Kali terakhir Harimau Malaya mencipta kemenangan ialah pada aksi final PialaAFF Suzuki 2014 di Bukit Jalil pada 20 Disember lepas, iaitu kemenangan 3-2 ke atas Thailand namun tewas 3-4 pada keputusan agregat.

Jurulatih sementara skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee berkata, walaupun pasukan Timor Leste mempunyai kelebihan dari segi fizikal, tetapi beliau berharap dengan perancangan teliti, Harimau Malaya boleh mencapai keputusan positif.

"Kita mempunyai perancangan kita sendiri, kita telah bermain dengan Arab Saudi dan banyak lagi pasukan yang mempunyai fizikal yang lebih besar, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak menunjukkan satu prestasi yang baik dan kita mempunyai kelebihan kita sendiri dan mereka mempunyai kelemahan sendiri.

"Pasukan Timor Leste bertambah baik, ada banyak pemain naturalisasi dari Brazil tetapi kita pun menyiapkan diri dengan cukup baik dan saya berharap kita akan dapat keputusan yang positif," katanya dalam rakaman audio sidang media di Dili yang dikeluarkan oleh FAM.

Bagaimanapun, Timor Leste yang melakarkan kejutan ke atas Palestin apabila mencatatkan keputusan seri 1-1 di laman sendiri pada Khamis lepas tidak boleh dipandang mudah oleh anak buah Kim Swee.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Timor Leste, Fernando Rogerio de Alcantara yang akur dengan kekuatan bahagian tengah Harimau Malaya, berkata perlawanan lebih tertumpu kepada percaturan bagi kedua-kedua pasukan untuk mencari kemenangan pertama.

"Dari segi sejarah, Malaysia adalah sebuah pasukan yang bagus tetapi dengan persediaan yang rapi, Timor Leste menjadi pasukan yang baik dan kami mahu menang esok (Selasa). Permainan nanti lebih kepada perkiraan strategi.   

"Pasukan yang bertahan dan menyerang akan menang.  Saya mahu pemain saya melupakan perlawanan lepas dan fokus kepada perlawanan ini," kata jurulatih yang berasal dari Brazil itu.

Dari segi barisan pemain, Kim Swee dijangka tidak membuat pertukaran yang besar pada kali ini dari barisan yang beraksi menentang Laos, kecuali menggantikan pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Fadhli Shas yang cedera dengan pemain Pahang, Razman Roslan.

Skuad kebangsaan seterusnya akan bertemu Lubnan pada 7 November ini sebelum meneruskan kempen kelayakkan ke atas Palestin pada 12 Nov, menerima kunjungan UAE pada 17 sebelum menamatkan pusingan kedua kempen di Arab Saudi pada 24 Mac depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan