Kelayakan Euro 2016: Fabregas Diganggu Laser, Sepakan Penalti Terkeluar

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Sepanyol, Cesh Fabregas gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi Kelayakan Euro 2016 menentang Ukraine gara-gara diganggu pancaran laser ke mukanya, awal pagi Selasa.

Biarpun menang 1-0 dalam perlawanan tersebut, Fabregas kelihatan kecewa apabila gagal melakukan sepakan tepat ke gawang sekaligus mencatat empat kali gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Sepanyol secara keseluruhannya.

Penjaga gol Ukraine, Andriy Pyatov berjaya menyelamatkan percubaan penyerang Chelsea itu yang dahinya dipancar laser bewarna hijau ketika mula mengambil sepakan itu.

Bagaimanapun Fabregas yang dilantik menjadi kapten pada penampilan ke-100 untuk Sepanyol pada saingan ini dilihat mempamerkan permainan yang memberangsangkan dalam tempoh penuh aksi tersebut.

Dalam masa sama, aksi Fabregas itu turut disaksikan oleh pengurus kelabnya, Jose Mourinho yang berada di Stadium Olimpik.

Sebelum ini, Fabregas turut gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi suku akhir Euro 2008 bertemu Itali dan separuh akhir menentang Portugal 2012. 

Sepanyol berjaya dinobatkan juara Euro 2008 dan 2012.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan