Kelayakan Euro 2016: 'Perfect 10' Untuk England

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 7:46 AM

Pemain England, Harry Kane (tiga, kiri) meraikan kemenangan bersama rakan-rakan sepasukannya selepas menang 3-0 ke atas Lithuania dalam perlawanan peringkat kelayakan Euro 2016 di Vilnius, Lithuania, awal pagi Selasa. EPA

(Ubah saiz teks)

ENGLAND menjadi satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah dalam 10 perlawanan peringkat kelayakan Euro 2016 setelah perlawanan penutup tirainya dalam Kumpulan E menyaksikan pasukan itu membelasah tuan rumah, Lithuania 3-0.

Skuad di bawah bimbingan Roy Hodgson itu yang telah melayakkan diri ke Euro 2016 dan akan menempah tiket ke Perancis sejak perlawanan ketujuh, menang besar di Stadium Federasi Bola Sepak Lithuania (LFF) di Vilnius, awal pagi Selasa.

England menjadi juara Kumpulan E dengan mendapat mata penuh 30.

Gol disumbangkan oleh Ross Barkley (29’), Giedrius Arlauskis (gol sendiri 35’), dan Alex Oxlade-Chamberlain (62’).

Dalam perlawanan lain, Switzerland, yang juga telah mara ke pusingan final Euro 2016 sebelum perlawanan ke-10 bermula, menang ke atas tuan rumah Estonia dengan skor tipis 1-0 selepas gol sendiri oleh Ragnar Klavan pada masa kecederaan babak kedua.

Dalam saingan Kumpulan E lain, Slovenia mengalahkan tuan rumah San Marino dengan skor 2-0 melalui dua gol yang disumbangkan Botjan Cesar (54’) dan Nejc Pecnik (74’).

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan