Jurgen Klopp Mahu Bentuk Identiti Liverpool

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 9:22 AM

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp mendedahkan sasaran utamanya di Liverpool ketika ini bukan untuk membawa pulang piala sebaliknya membentuk identiti pasukan berkenaan di atas padang.

Bekas jurulatih Borussia Dortmund itu juga akan mula membentuk identiti tersebut ketika Liverpool turun menentang Tottenham pada minggu ini.

Liverpool kini kurang tiga mata untuk berada di kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris dan bagi memastikan mereka layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musin depan.

Bercakap kepada media Jerman, Klopp memberitahu, dia berasa rendah diri apabila diberikan peluang untuk membimbing Liverpool.

"Saya tidak tahu mengapa ia (perlatikan sebagai jurulatih Liverpool) dihebahkan begitu besar. Saya berasa rendah diri menerima jawatan ini.

"Ramai jurulatih yang berjaya di Jerman tetapi mereka tidak ke sini (England). Ini merupakan cabaran besar dalam kerjaya sebagai jurulatih.

"Liverpool berada dalam satu tempoh yang panjang tidak memenangi kejuaraan liga dan mereka juga menukar begitu ramai jurulatih," katanya.

Klopp juga turut memberitahu bahawa dia bakal menggunakan jendela pemindahan Januari untuk memperkuatkan Liverpool.

Tags / Kata Kunci: Liverpool

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan