Chelsea Intai Diego Simeone Ganti Jose Mourinho

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 10:05 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA sedang mengintai jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone untuk menggantikan Jose Mourinho berikutan prestasi buruk kelab itu sejak permulaan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Bagaimanapun Mourinho masih selamat setakat ini selepas mendapat sokongan pemilik kelab, Roman Abramovich.

Tetapi jurulatih kelahiran Portugal itu dilaporkan sedar bahawa jawatannya di Stamford Bridge bakal hilang jika dia terus gagal membawa kemenangan.

Berikutan itu, Chelsea mula mengintai calon-calon sesuai untuk membimbing kelab berkenaan dan antaranya ialah Simeone.

Jurulatih itu ketika ini dikatakan selesa dengan jawatan di Atletico namun sedia berhijrah jika mendapat tawaran lebih baik.

Jika ingin ke Chelsea, pengurus kelahiran Argentina itu perlu menebus kontraknya bernilai £15 juta.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Argentina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan