Allardyce Dilantik Pengurus Baharu Sunderland

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 7:15 AM

Sam Allardyce.

(Ubah saiz teks)

SUNDERLAND melantik Sam Allardyce sebagai pengurus baharu pasukan tersebut.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan The Black Cats itu mengadakan perbincangan dengan Allardyce mengenai kekosongan kerusi yang ditinggalkan Dick Advocaat.

Advocaat meletak jawatan sebagai pengurus Sunderland pada minggu lalu.

Allardyce akan mengemudi Sunderland dengan kontrak selama dua tahun.

"Saya telah menikmati cuti rehat saya daripada arena bola sepak dan kini begitu teruja untuk kembali.

"Saya berharap agar dapat membawa kejayaan kepada pasukan ini," katanya.

Terdahulu, Allardyce pernah berkhidmat bersama West Ham selama empat tahun sebelum meninggalkan kelab itu Mei lalu.


Tags / Kata Kunci: Sam Allardyce , Sunderland

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan