Van Gaal Larang Valdes Berada Dalam Bilik Persalinan United

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 12:24 PM

Valdes (kiri) berjabat tangan dengan Van Gaal ketika baharu tiba di Manchester United Januari tahun ini.

(Ubah saiz teks)

VICTOR Valdes dilarang berada dalam bilik persalinan Manchester United selepas dilaporkan tidak 'sebulu' dengan pengurus kelab Louis van Gaal.

Bekas penjaga gol Barcelona itu juga tidak termasuk dalam gambar pasukan United musim ini dan diarah menjalani latihan bersama skuad Bawah 21 Tahun, lapor Guardian.

Hubungan Valdes dan Van Gaal dikatakan goyang sejak musim lalu selepas pemain Sepanyol itu enggan bermain untuk skuad B-21 kelab.

Bekas bos Bayern Munich itu membuktikan ketegasannya dan tidak bertolak ansur apabila melibatkan reputasi.

Malah Valdes,33,  juga diarah hadir ke latihan utama dalam masa tertentu sahaja bagi meminimumkan hubungan dengan skuad senior.

Sementara itu rakan sepasukan negaranya, Juan Mata melahirkan rasa simpati di atas apa yang berlaku ke atas Valdes itu, namun tidak memberi sebarang komen terhadap pengurusnya.

"Saya berharap dan jangkakan semuanya akan berjalan lancar sama ada dia berada di Manchester United atau di tempat lain kerana kami berdua sangat rapat sejak berada di sini beberapa bulan lalu.

"Saya bayangkan jika kamu bercakap dengan Victor, dia mungkin ada alasan tersendiri dan begitu juga jika kamu berjumpa dengan pengurus. Ia sangat sukar."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan