Euro 2016: Ireland Utara Mara, Scotland Tersingkir

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 7:18 AM

Steven Davis menjaringkan dua gol untuk Ireland Utara.

(Ubah saiz teks)

IRELAND Utara menempah tiket ke pusingan akhir kejohanan Euro 2016 selepas menundukkan Greece 3-1 di Windsor Park, Belfiast, awal pagi Jumaat.

Ia adalah kemaraan pertama pasukan tersebut dalam kejohanan berprestij sejak kali terakhir mara ke kejohanan akhir Piala Dunia di Mexico pada 1986.

Pada perlawanan itu, kapten Ireland Utara, Steven Davis menjaringkan dua gol manakala Josh Mahennis, satu gol.

Pasukan kendalian pengurus Michael O'Neill itu kini akan berentap di Perancis sebagai salah satu, kelompok dua pasukan teratas Kumpulan F.

Dalam aksi berasingan, Scotland tersingkir awal apabila sekadar terikat seri 2-2 dengan Poland di Hampden.

Pemain tengah West Brom, Darren Fletcher tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas Scotland gagal mara ke kejohanan akhir perlawanan itu.

Scotland bangkit meletakkan kedudukan 2-1 sebelum Robert Lewandowski menjaringkan gol penyamaan untuk Poland pada minit kecederaan.

Kedudukan seri itu ditambah pula dengan kemenangan mengejut Republik Ireland ke atas Jerman memusnahkan harapan Scoltand untuk menduduki kelompok tiga teratas Kumpulan D.

"Ia malam yang mengecewakan selepas kami cuba melakukan yang terbaik untuk mara. Apabila anda kehilangan satu gol seperti itu, ia memberi tamparan yang hebat kepada seluruh pasukan.

"Kami sudah bekerja keras tetapi kami gagal untuk mara kejohanan akhir malah untuk beraksi di peringkat play-off," kata Fletcher.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan